para peserta persidangan pengarah-pengarah tourism malaysia rapatkan hubungan dengan media melalui lawatan sehari

Published on : Friday, December 6, 2013

tourism-malaysia1Para peserta Persidangan Pengarah-pengarah Tourism Malaysia telah merapatkan lagi hubungan dengan wakil-wakil media melalui lawatan suai kenal selama sehari pada hari ini.

Lawatan tersebut telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia bagi memberi peluang kepada para peserta menikmati sendiri produk-produk pelancongan terkini negara di samping mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Para peserta persidangan yang terdiri daripada para pengarah luar negara, para pengarah negeri, para pegawai pemasaran dan agensi-agensi perhubungan awam telah memulakan lawatan bersama media dengan cara yang sihat iaitu dengan berbasikal dari Dataran Putra di Putrajaya hingga ke Wetland Upper Bisa untuk aktiviti memerhati burung.

Lebih daripada 50 spesies burung telah direkodkan di sekitar Wetland Upper Bisa dan tarikan utamanya ialah kehadiran burung air. Sekurang-kurangnya sebanyak 12 spesies burung air telah ditemui di sini dan beberapa ratus burung air boleh dilihat bersarang ketika musim pembiakan dari bulan Jun hingga Disember.

Para peserta kemudiannya dibawa ke Pullman Putrajaya Lakeside Hotel untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas yang merangkumi pemeriksaan aras gula dalam darah, kolestrol, tekanan darah dan pemeriksaan Indeks Massa Tubuh (BMI) yang dianjurkan oleh Institut Jantung Negara (IJN).

Tujuan ia dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran dalam kalangan peserta mengenai risiko penyakit jantung. Selain pemeriksaan kesihatan asas, mereka turut menghadiri pembentangan oleh Majlis Pelancongan dan Kesihatan Malaysia (MHTC).

Selepas itu, para peserta telah dijamu makan tengah hari oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Marina Putrajaya sambil mendengar pembentangan mengenai KLIA2 yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB Dato’ Azmi Murad.

Para peserta meneruskan lawatan suai kenal mereka dengan mengunjungi Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang untuk mengenali dengan lebih dekat kekayaan sejarah dan warisan Kesultanan Selangor.

Mereka kemudiannya makan malam di destinasi terakhir lawatan tersebut iaitu di taman tema I-City yang dihoskan oleh Pengurusnya, Monica Ong. Mereka turut berpeluang melawat pelbagai tarikan terkini yang terdapat di I-City seperti Snow Walk, Red Carpet Interactive Wax Museum, Trick Art Museum, Water World dan House of Horror.

Persidangan Pengarah-pengarah Tourism Malaysia 2013 yang bermula pada 1 Disember dan akan berakhir pada 6 Disember ini merupakan acara rundingan tahunan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dengan para pegawai kanan Tourism Malaysia.

Antara objektif persidangan tersebut ialah untuk memberi taklimat kepada para peserta mengenai pelan promosi Tourism Malaysia serta untuk meningkatkan lagi usaha-usaha pemasaran dalam mempromosikan TMM 2014 yang akan berlangsung pada bulan depan.

Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang gilang gemilang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2014 di Dataran Merdeka. Selain itu, laman web rasmi TMM2014 iaitu www.vmy2014.com yang telah dibangunkan, mengandungi pelbagai maklumat terperinci mengenai acara yang ditunggu-tunggu ini.

Source:-Tourism Malaysia

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

arrow2Follow Us
 
facebook-logo  twitter-logo  LinkedIn_logo  stumbleupon-logo   rss_logo 

SUBSCRIBE NEWSLETTER:

Email 
 

ADVERTISEMENT

    TRAVEL INDUSTRY EVENTS

    More Events...